Arab-Malaysian Finance Berhad lancar bon RM20 juta - Utusan Malaysia

Arab-Malaysian Finance Berhad lancar bon RM20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Pada 27 Mei 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Arab-Malaysian Finance Berhad, yang merupakan salah satu anak syarikat kepada Arab Malaysian Development Bank, telah melancarkan pengeluaran bon berjumlah RM20 juta yang dijamin selama tujuh tahun.
Ini merupakan pertama kali pengeluaran bon seumpama itu diperkenalkan ke pasaran Malaysia oleh sektor kewangan swasta.
Antara peristiwa lain yang menarik.
  • 27 Mei 1978 – Institut Teknologi Mara (ITM) akan melaksanakan peraturan ‘Rupa Diri‘ yang memerlukan semua pelajarnya berpakaian kemas  dan tidak mencolok mata mulai Julai ini.
  • 27 Mei 1979 – Sekurang-kurangnya 270 orang terbunuh dalam kemalangan udara paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat apabila sebuah pesawat jumbo DC-10 terhempas setelah berlepas dari Lapangan Terbang O’Hare Chicago.
  • 27 Mei 1980 – Pemain badminton muda kebangsaan, Datuk Misbun Sidek merupakan antara 10 calon lelaki dan lima wanita bagi merebut anugerah olahragawan dan olahragawati Majlis Sukan Negeri Selangor 1979.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan  arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya