KUALA LUMPUR: Pelakon, Zila Bakarin meluahkan rasa terkilan kerana ada individu yang mendakwa dia melakukan perkara syirik.
Meskipun marah kepada penyebar fitnah, pelakon berusia 51 tahun itu tetap menyerahkan perkara itu kepada Allah dan memilih untuk berdiam diri daripada menjawab segala tohmahan.
“Bila orang fitnah dan sebar cerita saya buat benda syirik, Allahuakbar, aku tak boleh terima.
“Sedih, sebak dan marah. tapi saya pilih untuk diam dan sabar. Pilihan di tangan kita.
“Aku serahkan seluruhnya kepada Allah. Engkau orang pun kena banyak bersabar, sebab kita semua orang baik,” katanya dalam Thread.
Zila berkata dia belajar untuk memaafkan orang yang memfitnah dan mengatanya demi mendapatkan redha Allah.
“Saya ini, apa orang tak hina, tak mengata, dibenci, kena palau dan bermacam-macam lagi.
“Aku belajar memafkan dgn berdiam diri, bawa diri dan reda. Ada saya kisah? Yang penting Allah tahu saya orang yang baik,” kongsinya.- UTUSAN











