DUN Kelantan: 2,187 aplikasi perkhidmatan dalam talian dibangunkan

DUN Kelantan: 2,187 aplikasi perkhidmatan dalam talian dibangunkan

MOHD. Nassaruddin Daud semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan. - IHSAN PEJABAT DUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak 2,187 daripada 3,568 atau 61.29 peratus perkhidmatan kerajaan negeri ditransformasikan kepada perkhidmatan End-To-End (E2E) sepenuhnya, berdasarkan laporan Pencapaian Perkhidmatan E2E bagi sukuan kedua tahun ini bermula April hingga Jun lalu.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, dapatan itu menunjukkan kemajuan yang bagus dari segi pembangunan aplikasi yang membolehkan keseluruhan rantaian perkhidmatan kerajaan diselesaikan secara digital.

Katanya, melalui pendekatan E2E, rakyat tidak perlu lagi hadir berulang kali ke kaunter atau pejabat kerajaan secara fizikal untuk membuat permohonan, saringan, pembayaran sehinggalah kepada peringkat pengeluaran kelulusan atau keputusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara sistem utama yang sedang digunakan dan diperkasa adalah Sistem Skim Bantuan Gerbang Az-Ziwaaj (e-Azziwaaj), Sistem e-Agihan MAIK dan portal pembayaran Kerajaan Negeri Kelantan (SerambiPay).

“Selain itu kita membangunkan Portal Hasil Tanah Kelantan bagi memudahkan urusan semakan dan pembayaran hasil tanah, membuat carian hak milik, semak status, semak jumlah cukai perlu dibayar dan melaksanakan bayaran secara dalam talian,” katanya ketika menjawab soalan Mohd. Adanan Hassan (Pas-Kelaboran) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu turut memaklumkan, kerajaan negeri tmembangunkan Portal Invest Kelantan (Invest Kelantan), Sistem Penguatkuasa Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan (eGAT), Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Kelantan (e-RMMK) dan Sistem Pengurusan Mukim Negeri Kelantan (e-Qaryah).

Katanya, lain-lain aplikasi dalam talian yang dibangunakan adalah Sistem Repositori Maklumat Perundangan Negeri Kelantan (eQanun Kelantan), Sistem Skim Pembiayaan Kredit Mikro Usahawan Negeri Kelantan (e-Mikro) dan Portal Digital Kelantan sebagai gerbang digital bersepadu Kerajaan Negeri Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini