Malaysia juara beregu badminton Denmark - Utusan Malaysia

Malaysia juara beregu badminton Denmark

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 Mac 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pasangan beregu terkemuka Malaysia, Ng Boon Bee dan P. Gunalan berjaya menyandang juara kategori beregu lelaki dalam Kejohanan Badminton Terbuka Denmark malam tadi.

Boon Bee dan Gunalan terpaksa berhempas pulas untuk menundukkan pasangan beregu dari Indonesia, Rudy Hartono dan Indra Gunawan dengan rubber set 11-15, 15-4 dan 15-8.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 20 Mac 1969Pereka pakaian terkenal dari MARA, Yusof Majid telah dilantik untuk mereka pakaian rasmi kegunaan para jururawat dan doktor di seluruh Malaysia.
  • 20 Mac 1973 – Kerajaan Negeri Perlis akan menguatkuasakan undang-undang menambat binatang dalam usaha mencegah penyakit kuku dan mulut daripada terus merebak.
  • 20 Mac 1974 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn telah dipilih menjadi Yang Dipertua Persatuan Sejarah Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya