Kemalangan ngeri antara bas dan kereta api di Permatang Tinggi - Utusan Malaysia

Kemalangan ngeri antara bas dan kereta api di Permatang Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 28 November 1981, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seramai 17 orang terbunuh, manakala 30 orang lagi cedera apabila sebuah bas dirempuh oleh kereta api barang di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam dan merupakan kemalangan kereta api paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah negara.

Seramai 15 orang telah terkorban di tempat kejadian yang terdiri dari empat lelaki dan 11 orang wanita, manakala dua orang lagi mangsa telah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang beberapa jam selepas kejadian.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 28 November 1976Kapal pengesan periuk api milik TLDM, K.D. Kinabalu telah berjaya menyelamatkan sebuah kapal tangki minyak yang kehilangan keupayaan radar dan patah kemudi di Laut China Selatan.
  • 28 November 1980 – Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Murad Mohamad Noor mencadangkan supaya ditubuhkan ‘angkatan sasterawan sains dan teknologi‘ bagi memperbanyakkan karya sastera berunsurkan sains.
  • 28 November 1982 – Bintang bola sepak Itali, Paolo Rosso dipilih sebagai ‘pemain bola sepak terbaik tahun 1982‘ oleh sebuah majalah ‘World Soccer‘.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya