Bahasa Malaysia dan agama Islam secara rasmi di Sabah - Utusan Malaysia

Bahasa Malaysia dan agama Islam secara rasmi di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 September 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini meluluskan rang undang-undang yang menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi tunggal dan agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi negeri itu.

Ketika membentangkan rang undang-undang mengenai pemakaian bahasa kebangsaan, Tun Datu Mustapha berkata, bahasa kebangsaan akan digunakan secara rasmi oleh kabinet dan Dewan Undangan Negeri.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 26 September 1972 – Ketua Menteri Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Republik Lebanon tertinggi daripada Perdana Menteri negara tersebut baru-baru ini.
  • 26 September 1974 – Pusat Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) telah berjaya menghasilkan kertas yang diperbuat daripada kayu pokok getah dan boleh dikomersialkan secara besar-besaran.
  • 26 September 1975Persatuan Ulama Negeri Perak mula menceburi bidang ekonomi dengan menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan ‘Syarikat Ulama Perak Sendirian Berhad‘ dengan modal permulaan RM100,000.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya