Tengku Abdullah dimasyhur sebagai Tengku Mahkota Pahang - Utusan Malaysia

Tengku Abdullah dimasyhur sebagai Tengku Mahkota Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Oktober 1977, Utusan Malaysia melaporkan Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, 18, dimasyhurkan gelarannya sebagai Tengku Mahkota Pahang.

Tengku Abdullah adalah putera keempat daripada tujuh putera dan puteri Sultan Pahang. Pemasyhuran gelaran Tengku Mahkota itu dilakukan dengan penuh istiadat mengikut adat-adat diraja Pahang serta dilangsungkan dengan meriahnya di Istana Abu Bakar, Pekan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 23 Oktober 1972 – Kerajaan Kelantan bersetuju memberikan tanah seluas 2,000 hektar kepada Persatuan Bekas Perajurit Cawangan Negeri Kelantan.
  • 23 Oktober 1979 – Daerah Batang Padang, Perak gempar berikutan seramai 62 penduduk di daerah itu diserang wabak demam kepialu.
  • 23 Oktober 1983 – Universiti keenam dengan kampus sementaranya di Tanjung Pauh, Kedah akan menerima kemasukan pelajar-pelajar sulung seramai 300 orang pada Julai tahun hadapan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya