Kapal angkasa Apollo 13 rosak - Utusan Malaysia

Kapal angkasa Apollo 13 rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 April 1970, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pusat kawalan di bumi membuat keputusan membatalkan pendaratan Apollo 13 di bulan dan akan segera membawa pulang ketiga-tiga angkasawan yang berada dalam bahaya berikutan dari kerosakan pada alat bekalan kuasa elektrik.

Menurut Pengarah Penerbangan Apollo, Dr. Christopher Kraft, Apollo 13 mempunyai kuasa dan udara yang cukup untuk kembali ke bumi dan boleh mendarat sama ada di Lautan Pasifik ataupun Atlantik.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 15 April 1974 – Toh Puan Norashikin merasmikan Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail di Pesta Pembangunan Negeri Johor.
  • 15 April 1976 – Lebih 3,000 penanam padi di Kampung Cik Lijah, Terengganu dan kawasan sekitarnya akan menceburi penanaman padi dua kali setahun apabila projek tali air siap menjelang akhir tahun.
  • 15 April 1984 – Selangor muncul juara pertama Piala Sumbangsih (Charity Shield) dengan menewaskan Pahang 2-1 sekaligus menerima hadiah wang tunai RM20,000.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya