Harga getah naik 110.5 sen sekilogram - Utusan Malaysia

Harga getah naik 110.5 sen sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 26 Oktober 1972, Utusan Malaysia melaporkan penduduk di Batu Pahat yang keluar berhijrah mencari pekerjaan akibat kemerosotan harga getah beberapa bulan lalu, beransur-ansur pulang berikutan kenaikan harga getah akhir-akhir ini.

Harga getah naik kepada 110.5 sen sekilogram (73 sen sekati) yang mana Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia telah membeli getah mengikut harga pasaran di seluruh negara.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 26 Oktober 1968
    Kota Renggam yang terletak di kawasan seluas 2,023 hektar di Batu 3, Jalan Kelang dicadangkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu.
  • 26 Oktober 1974
    Hanya lapan daripada 55 buah bas Len Seng beroperasi menyebabkan ribuan orang terkandas di Lembah Kelang susulan pekerja syarikat tersebut meneruskan tindakan bekerja mengikut peraturan yang dilancarkan semalam.
  • 26 Oktober 1982
    Petronas merancangmendirikan rangkaian stesen gas petroleum cecair (LPG) di seluruh negara untuk kenderaan bermotor.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya