PKNS miliki 10 tanah strategik - Utusan Malaysia

PKNS miliki 10 tanah strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 15 Ogos 1984, Utusan Malaysia melaporkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mempunyai 10 kawasan yang strategik di sekitar Kuala Lumpur yang bernilai RM250 juta mengikut harga pasaran ketika itu.

Antara lokasi tanah itu ialah di Jalan Genting Kelang seluas 7.3 hektar, Persiaran Raja Chulan (1.5 hektar) dan tanah lombong seluas 26 hektar di Jalan Kuching.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ada kawasan berkenaan masih dipenuhi pokok getah, dibiarkan kosong, diduduki setinggan dan dipenuhi kedai-kedai perniagaan bukan bumiputera seperti di Jalan Pudu.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 15 Ogos 1971
    ‘Darma Kesuma’ filem arahan S. Kandarisman telah siap penggambarannya di Studio Merdeka Hulu Klang. Filem yang memperkenalkan Dayang Sulu sebagai Kesuma ini turut dibintangi Hussein Abu Hassan dan Tamam Idris.
  • 15 Ogos 1977
    Pangkalan Polis Laut menelan belanja RM1.6 juta akan dibina atas tanah seluas 2.6 hektar di Kuah, Langkawi.
  • 15 Ogos 1979
    Datuk Hassan Ibrahim mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan selepas dilantik ke jawatan baharu sebagai Pengarah Bahagian Perkhidmatan di JPA.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd.. Untuk pertanyaan atau pembelian bahanbahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya