IJM Land raih sambutan kukuh kempen XPLOSIVE - Utusan Malaysia

IJM Land raih sambutan kukuh kempen XPLOSIVE

DATUK Tony Ling Thou Lung (kiri), pemenang kedua, Phang Yi Khai, pemenang pertama, Ooi Chin Sun, pemenang ketiga, Lau Jin Wei dan Chiang Mee Kuan, serta Pengurus Besar, Jualan dan Pemasaran Kumpulan IJM Land, Rachel Chong Po Leng (kanan sekali) pada Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di IJM Land Centre of Excellence (I.C.E.) Gallery @ Pantai Sentral Park.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permintaan terhadap projek hartanah IJM Land kekal menggalakkan dan perkara itu dapat dilihat menerusi sambutan terhadap kempen XPLOSIVE yang dilaksanakan IJM Land membabitkan 28 pembangunan di seluruh negara.

Kempen selama lima bulan dari Oktober 2025 hingga Mac 2026 itu menggabungkan insentif pemilikan kediaman, XPLOSIVE Rewards, manfaat kewangan serta hadiah utama berupa pengalaman percutian mewah untuk pembeli rumah.

Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, Datuk Tony Ling Thou Lung berkata, sambutan menggalakkan terhadap kempen berkenaan membuktikan kepentingan memahami keperluan dan keutamaan pembeli rumah.

“Falsafah yang mengutamakan pelanggan ini diterapkan dalam portfolio pembangunan kami yang pelbagai, sekali gus membolehkan kami memenuhi keperluan pembeli pada pelbagai peringkat kehidupan dan di lokasi berbeza.

“Kami berterima kasih kepada semua yang menyertai kempen XPLOSIVE dan memberikan kepercayaan kepada IJM Land,” katanya dalam kenyataan.

Menurut syarikat itu, beberapa pembangunan bandar seperti THE LIGHT Waterfront Penang, Pantai Sentral Park dan Riana Dutamas menerima permintaan daripada pembeli yang mengutamakan aspek kesalinghubungan, kehidupan bandar serta kedekatan dengan pusat pekerjaan dan kemudahan gaya hidup.

Pada masa sama, IJM Rimbayu dan Seremban 2 terus menunjukkan prestasi kukuh, mencerminkan permintaan berterusan terhadap pembangunan bandar matang yang mempunyai infrastruktur serta kemudahan lengkap.

Minat terhadap fasa baharu di kawasan berkenaan, termasuk Anthea di IJM Rimbayu dan Sutera 2 di Seremban 2, turut menunjukkan kecenderungan pembeli mendapatkan kediaman moden dalam komuniti yang sudah mempunyai kemudahan dan infrastruktur tersedia.

Dalam perkembangan berkaitan, IJM Land turut mengumumkan tiga pemenang utama kempen XPLOSIVE menerusi satu pertandingan kuiz dalam talian yang dijalankan di bawah pengawasan juruaudit bebas.

Pembeli bersama, Ooi Chin Sun @ Ng Chin Sun dan Ng Yi Ling memenangi hadiah pertama berupa pengalaman percutian mewah untuk dua orang ke London, United Kingdom, termasuk penerbangan pergi balik kelas pertama.

Hadiah kedua dimenangi pembeli bersama Phang Yi Khai dan Lee Sze Hui, yang menerima pakej percutian untuk dua orang ke Melbourne, Australia, termasuk penerbangan kelas pertama.

Sementara itu, pembeli bersama Lau Jin Wei dan Chiang Mee Kuan memenangi hadiah ketiga berupa percutian untuk dua orang ke Maldives dengan penerbangan pergi balik kelas pertama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×