Kolej Tunku Abdul Rahman sempena nama Perdana Menteri pertama - Utusan Malaysia

Kolej Tunku Abdul Rahman sempena nama Perdana Menteri pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 12 Ogos 1968, Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Yang Dipertua MCA yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Tan Sri Dr. Lim Swee Aun mengisytiharkan kolej anjuran MCA dinamakan Kolej Tunku Abdul Rahman.

Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman sendiri telah memberikan persetujuannya supaya kolej yang menelan belanja RM20 juta itu menggunakan nama beliau.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 12 Ogos 1975
    MAS membelanjakan RM100 juta dalam masa dua tahun akan datang untuk projek perkembangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
  • 12 Ogos 1983
    Ketua Hakim Negara, Raja Tun Azlan Shah dilantik sebagai Raja Muda Perak berkuatkuasa 1 Julai 1983.
  • 12 Ogos 1984
    Setelah berehat selama 12 tahun, atlet Jerman Barat, Ulrike Meyfarth mencatat sejarah memenangi pingat emas dalam acara lompat tinggi wanita pada Sukan Olimpik Los Angeles.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.