21 tahun menyanyi, Ekin hadiahkan Mawi mikrofon sendiri - Utusan Malaysia

21 tahun menyanyi, Ekin hadiahkan Mawi mikrofon sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas 21 tahun bergelar penyanyi, Mawi akhirnya memiliki mikrofon sendiri hasil pemberian isterinya, Ekin.

Lebih istimewa, hadiah tersebut diberikan Ekin atau Nora Asyikin Rahmat kepada suaminya sempena ulang tahun kelahirannya sendiri.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 45, mendedahkan sepanjang berkecimpung dalam industri seni, dia hanya menggunakan mikrofon yang disediakan penganjur setiap kali menjayakan persembahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“21 tahun saya menyanyi, hari ini baru saya dapat mikrofon sendiri. Sebelum ini memang pakai mikrofon yang disediakan di mana-mana acara.

“Saya pakai apa yang ada sahaja,” katanya dalam satu hantaran video di TikTok.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kian itu turut mendedahkan bahawa dia memiliki mikrofon tersebut selepas dipaksa isterinya yang mahu memberikan hadiah kepadanya.

“Ini pun dipaksa. Dapat hadiah, Ekin bagi hadiah. Hari jadi dia, dia bagi saya hadiah ini,” katanya.

Dalam hantaran sama, Ekin turut memaklumkan bahawa dia sudah beberapa kali meminta suaminya mendapatkan mikrofon sendiri.

“Sekian lama kena paksa, akhirnya pasrah juga. Selalu dia cakap malu pakai mikrofon sendiri, nanti nampak macam poyo.

“Ingat mikrofon Mawi, ingat warna Felda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini