Presiden MIC umum letak jawatan - Utusan Malaysia

Presiden MIC umum letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 28 Jun 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun V.T. Sambanthan mengumumkan keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC mulai 30 Jun.

Tun Sambanthan yang berusia 54 tahun menjadi Presiden MIC sejak 21 Mei 1955 setelah dilantik dalam perhimpunan perwakilan parti itu di Teluk Anson. Beliau berharap tindakannya itu dapat mengendurkan ketegangan dalam parti tersebut.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 28 Jun 1968
    Mohamad Ayub, 26 tahun merupakan anak Melayu pertama mendapat Ijazah Sarjana Sains di Universiti Malaya.
  • 28 Jun 1972
    Malaysia dan Singapura bersetuju menyelesaikan pertikaian mengenai Syarikat Penerbangan Malaysia-Singapura (MSA) di luar mahkamah.
  • 28 Jun 1984
    Menteri Kerja Raya, Datuk S. Samy Vellu umum kerajaan akan menyerahkan projek pengubahsuaian jalan raya di persimpangan Jalan Kuching dan Kepong kepada pihak swasta dan membenarkan mereka mengutip tol.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya