Duit makin lama makin `menipis’ - Awie - Utusan Malaysia

Duit makin lama makin `menipis’ – Awie

AWIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Legenda rock, Datuk Awie mengakui pandemik dan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dilaksana menyebabkan dia hilang separuh mata pencarian sebagai seorang anak seni.

Ketiadaan tawaran dan larangan untuk melakukan penggambaran mengakibatkan dia hilang punca pendapatan sekali gus ‘mengorek’ simpanan yang makin lama makin ‘menipis’.

“Saya cuma bernasib baik kerana ada perniagaan sambal. Ada juga penglibatan untuk kerja rakaman sempena sukan Olimpik dan kerja-kerja amal lain. Tetapi tetap terasa sengsaranya ketika ini.

“Yang terkesan dan terpaksa menanggung seksa ini adalah golongan minoriti contohnya seperti kami anak seni.

“Apabila bekerja baru dapat gaji. Simpanan pun kalau diguna hari-hari, habis juga nanti,” kata penyanyi itu kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurut Awie lagi, ketika rakyat sedang menanggung kesan pandemik, ahli politik ‘dinasihatkan’ untuk tidak berbalah dan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding diri sendiri.

“Sudah-sudahlah nak berpolitik sana sini. Kisahkan rakyat yang terkesan teruk kerana pandemik ini. Rakyat menderita, jadi tolonglah kami ini. Bukan sibuk berpolitik semata-mata.

“Kerajaan juga harus fikir secara lebih komprehensif berhubung bantuan kepada rakyat. Apa yang kalian (pemimpin) mahukan sebenarnya? Tolong fikir soal rakyat ini. Itu lebih pening,” kata Awie meluahkan sedikit pandangnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN