Gerai diganggu, sindir saya tiada kerja - Shuk - Utusan Malaysia

Gerai diganggu, sindir saya tiada kerja – Shuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Disindir berniaga gara-gara kini sudah kehilangan pekerjaan, pelawak dan pengacara kontroversi, Shuk Sahar, 35, mengaku masih terkejut dengan tindakan seorang lelaki asing yang singgah ke gerai minuman dan menolak barangan jualannya.

Menurut shuk, semasa kejadian, dia bersama pembantu peribadinya, Iskandar Nurzaman, 23, sedang berniaga air minuman di tepi jalan di kawasan tersebut sebelum didatangi seorang lelaki berbaju hitam yang menaiki kereta Myvi berwarna putih.

“Dia memberhentikan kenderaanya di depan gerai, tetapi dari awal lagi saya sudah rasa pelik, dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod video. Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba disindir oleh lelaki itu.

“Berang dengan tindakannya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak agresif dan cuba memukulnya. Saya cuba halang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya menolak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja,”katanya.

Shuk berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia berikutan kejadian tersebut yang berlaku di Wangsa Maju, hari ini.

Bagaimanapun,menurut Shuk, dia tidak marah dengan apa yang berlaku sebaliknya kebingungan dan tertanya-tanya apakah motif sebenar lelaki berbaju hitam tersebut.

“Saya sempat tengok nombor plat keretanya tetapi tak akanlah saya nak sebarkan pula. Buat masa sekarang, saya tengok dulu macam mana, kalau perlu buat laporan polis, mungkin saya akan pergi ke balai.

“Saya cuma nak tahu kenapa dia tergamak buat begitu dan apa niatnya sebab seolah-olah dia memang mahu cari pasal sejak dari awal,”katanya.

Shuk sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi membabitkan rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, 24.

Dia juga menjadi bahan bualan ramai berikutan perlucutan jawatannya sebagai penyampai radio Hot FM baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.