AI Hug: Racun terbaharu menjangkiti umat Islam

AI Hug: Racun terbaharu menjangkiti umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“NAMPAKNYA bukan hanya hadis palsu perlu ditentang orang beriman, semua permainan atas talian yang menimbulkan harapan palsu pun wajib dijauhi kerana mudaratnya tidak kurang hebat kepada umat Islam.” 

Ledakan Artificial Intelligence (AI) atau Kecerdasan buatan agak mengejutkan, hampir sama dengan kejutan yang pernah dilakukan internet suatu masa dahulu. 

Seperti internet dan semua teknologi buatan manusia, AI hanya satu alat yang boleh memberi manfaat dan menggores diri bergantung kepada penggunanya. 

Tidak cerdik jika pisau dibuang kerana ia pernah melukakan tangan, sedangkan ia juga membantu memudahkan banyak urusan lain. 

Itu analogi mudah bagi memahami kedudukan semua teknologi kurniaan Allah. 

Masalahnya, sejauh mana pula setiap anggota masyarakat kita bersedia secara mental berhadapan dengan ledakan AI ini? 

Adakah kita bersedia dengan pelampung atau peralatan keselamatan mental secukupnya ketika badai AI ini melanda? 

Badai ini nampaknya tidak mengenal julat usia. 

Ramai sekali anak kecil yang belum pandai membeza baik buruk pun sudah dilanda ketagihan berbagai peranti mudah alih yang dijana pengisiannya dengan AI. 

Terbaharu keluar aplikasi artificial intelligence hug (AI Hug) atau ‘pelukan buatan’. 

Aplikasi ini mampu memproses dua gambar berasingan menjadi satu gerakan pelukan yang realistik. 

Lalu dua insan berbeza latar ini akan bergerak memeluk antara satu sama lain dengan mesra dan ghairah. Orang yang sudah sebati hidupnya dengan media sosial galak mencuba aplikasi ini. 

Mereka memadankan gambarnya bersama gambar artis kesayangan yang biasanya berlainan jantina. Setelah siap diproses, video buatan itu dikongsi secara meluas dalam pelbagai platform media sosial. Seakan si pemain aplikasi ini bangga pula dengan pelukan palsu itu. 

Entah mengapa ketika mendengar musibah permainan ini, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pelukan dua insan berlainan jantina yang bukan mahram, penulis teringat sebuah hadis Nabi SAW bermaksud: Setiap (orang dalam) umatku dimaa an dosanya melainkan orang yang secara terang mendedahkannya. Contohnya adalah seorang lelaki (atau wanita) yang melakukan satu dosa secara tersembunyi pada waktu malam. 

Allah telah menutup aib dan dosanya itu. Kemudian pada paginya dia secara terbuka (dan ban a) mendedahkannya dengan berkata: “Wahai Fulan! Semalam aku telah buat (dosa atau kejahatan) itu dan ini.” (Malang manusia jenis ini kerana) pada malamnya Allah sudah menutup aibnya, tapi paginya dia secara sengaja mendedah aib yang sudah ditutup Allah itu. (Sahih al-Bukhari, 5608 dan Sahih Muslim, 5306). 

Mungkin ada yang berkata ia cuma bahan gurauan pelepas tekanan hidup. Jika ini alasannya, kita bukannya tiada pilihan permainan yang lebih sopan, membina minda dan selamat daripada implikasi hukum hakam agama. 

Jika jahil sukar membezakan mana yang halal dan haram dalam sesuatu gurauan, ambil langkah berjaga-jaga. 

Caranya, meninggalkan sebarang permainan yang bakal menimbulkan kontroversi atau celaan terang para netizen. 

Praktikan hadis Nabi SAW bermaksud: Tin alkan apa yang meragukan jiwa kamu (sebaliknya pilihlah) sesuatu yang tidak menimbulkan keraguan padamu, kerana kebenaran itu sesuatu yang menenangkan (jiwa) manakala pendustaan iatu membawa kepada keraguan. (Sunan alTirmidzi, 2518). 

Keghairahan bermain dan bergurau sehingga melanggar batas agama bukan sifat orang beriman. 

Orang muna k di Madinah dahulu pernah ditegur kerana mereka suka mempermainkan agama: Ingatlah firman Allah SWT bermaksud: Dan jika engkau bertanya kepada mereka (orang muna k tentang ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. 

Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”. (al-Taubah : 65) Paling membimbangkan, aplikasi ini bakal mencetus  tnah lebih besar kepada sesiapa sahaja. 

Rumah tangga boleh berantakan jika si suami atau isteri melihat video pasangannya berpelukan ghairah dengan lelaki lain walaupun ia sekadar video tiruan. 

Lebih parah pada peringkat nasional, apa agaknya bakal terjadi jika yang ‘dimunculkan’ berpeluk erat dengan jantina berbeza itu adalah tokoh utama negara seperti negarawan, ilmuwan Islam, bangsawan, ahli politik dan sebagainya. Semestinya kekeruhan dan kekecohan akan bergolak dalam masyarakat. Berikut beberapa cadangan untuk individu, keluarga, institusi agama dan kerajaan dalam menangani ledakan AI. 1) Individu Muslim perlu sedar batas halal, haram, dosa dan pahala ketika berhadapan dengan berbagai aplikasi AI. Ia boleh diperolehi dengan mendalami agama. Paling kurang pengetahuan agama mampu menimbulkan rasa ragu pada peringkat awal ketika ditawarkan berbagai aplikasi dalam AI yang mungkin mengandungi bahaya rohani. Ikuti panduan nabi yang bermaksud: Wahai Wabisah (Sahabat yang bertanya tentang kebaikan), tanyalah hati jantungmu, juga tanyalah dirimu (sebanyak tiga kali). Kebaikan itu apa yang menenangkan jiwa, manakala dosa itu sesuatu yang meresahkan jiwa serta menggetarkan dada. (Musnad Ahmad, 18006). 

Hiasi diri dengan ‘logik malu’ yang Allah berikan sebagai  fitrah suci seorang manusia. Sabda Nabi SAW bermaksud: Bagi setiap agama ada akhlaknya tersendiri dan akhlak Islam yang utama adalah sifat malu. (Sunan Ibn Majah, 4171). Kita juga perlu sedar semua gerak laku kita dalam media sosial menggunakan aplikasi AI ada audit dosa pahalanya walaupun ia sekadar sebesar zarah atau atom. (al-Zalzalah 99:7-8). 2) Ibu ayah kena sedar sisi mudarat lagi bahaya AI. Kawal pergerakan digital anak dengan logik kehidupan dan agama kerana ia mampu membina jati diri anak kita bersama ilmu. 

Ilmu berasas logik dan agama mampu mengawal minda anak kita agar tidak terbabas tanpa batas menggunakan AI. 

3) Institusi agama beri kesedaran tentang kepentingan menggunakan pelbagai aplikasi AI secara berhemah kepada umat Islam dengan segala platform yang ada seperti khutbah Jumaat.Jadikan peringatan itu skrip ringkas secara tetap dalam khutbah kedua. Sedarkan masyarakat, penggunaan aplikasi dalam AI bukan hanya melibatkan betul salah tetapi punyai kesan berantai yang lebih besar. 

4) Kerajaan perlu didik rakyat agar menggunakan AI secara berhemah. Sudah sampai masanya etika penggunaan segala aplikasi 

AI diserap masuk ke dalam sukatan pelajaran semua peringkat bermula sejak tadika sehingga universiti. Beri kesedaran kepada warga Malaysia cara terbaik menggunakan AI untuk meningkatkan produktiviti yang positif dalam berbagai bidang dan bukan hanya tertumpu untuk hiburan semata. 

Kita tidak mampu menahan limpahan badai berbagai aplikasi AI kerana ia sudah jadi seperti arus deras banjir. 

Paling tidak, perlu kawal diri dengan membina kubu di tepi laluan arus deras AI agar kita tidak hanyut. Semoga Allah jana kebaikan maksimum di sebalik ledakan ini.

-Penulis adalah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN