“SIA-SIA emak ayah hantar ke Mesir nak jadi doktor, tapi akhirnya jadi gamer (seseorang yang menjadikan permainan video sebagai sebahagian hidupnya)”. Itu antara kata-kata bisa yang dilemparkan kepada Andriyana Mohamed Ghazali apabila gadis kelahiran Raub, Pahang itu nekad untuk ‘terjun’ ke bidang elektronik sukan (e-sukan) selepas menamatkan pengajian di Universiti Mansoura, Mesir tiga tahun lalu. Sudah dilentur untuk menjadi doktor sedari kecil, Andriyana yang merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik…










