TA Securites kekal ‘overweight’ pada sektor teknologi

TA Securites kekal ‘overweight’ pada sektor teknologi

TA Securities mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Inari Amertron dengan harga sasaran RM3.55.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TA Securities mengekalkan saranan ‘overweight’ terhadap sektor teknologi, menjangkakan sektor semikonduktor di Malaysia akan bertambah baik secara beransur-ansur, disokong oleh jangkaan pemulihan dalam permintaan global .

Firma penyelidikan berkata, pertumbuhan juga didorong oleh peningkatan peluang lencongan perdagangan hasil daripada strategi ‘China Plus One’.

Katanya, pihaknya mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Inari Amertron Bhd. dengan harga sasaran (TP) iaitu RM3.55, manakala Elsoft Research Bhd. pada 59 sen.

“Elsoft terutamanya menyediakan penyelesaian peralatan ujian automatik kos efektif kepada industri semikonduktor, optoelektronik dan automasi.

“Bagi Malaysian Pacific Industries Bhd (MPI), kami telah mengurangkan unjuran pendapatan kami sebanyak 3.4 peratus untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024,18.7 peratus untuk 2025, dan 23.9 peratus bagi 2026.

“Jumlah peratusan tersebut yang dikurangkan selepas mengambil kira potensi kelembapan. dalam penjualan kenderaan penumpang elektrik di China,” katanya.

Firma penyelidikan berkata, selepas menyemak ramalan pendapatan dan melancarkan tahun asas penilaian mereka pada kalendar tahun 2025, pihaknya telah menyemak harga sasaran daripada RM32.35 kepada RM36.20.

Menurutnya, ia adalah berdasarkan gandaan harga pendapatan sebanyak 28 kali bagutahun 2025, untuk keuntungan setiap syer.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas MPI,” katanya.

Dalam pada itu, TA Securities meningkatkan gandaan harga kepada pendapatan sasaran untuk Unisem (M) Bhd iaitu kepada 28 kali daripada 26 kali sebelumnya.

Peluang untuk meningkatkan sasaran itu, berikutan prospek ruang semikonduktor yang lebih cerah.

“Oleh itu, kami mengubah TP lebih tinggi daripada RM3.56 kepada RM3.84 dengan berdasarkan pendapatan 28 kali ganda pada tahun 2025. Kami mengekalkan panggilan ‘pegang’ pada stok ini.,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN