PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) melantik Mohamad Rafi Shahzada sebagai Pengerusi baharu subsidiarinya iaitu MARA Corporation Sdn. Bhd. berkuat kuasa 27 Mac lalu, bagi menggantikan Tan Sri Hamad Kama Piah yang memegang jawatan tersebut sebelum ini. Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, pelantikan Pengerusi MARA Corporation yang baharu adalah memastikan potensi dan prestasi syarikat dapat dikembangkan dan dipertingkatkan. “Saya memberi harapan kepada beliau atas kapasiti pengalamannya yang…