Dr Mahzan Teh dilantik Ketua Pengarah MARA yang baharu - Utusan Malaysia

Dr Mahzan Teh dilantik Ketua Pengarah MARA yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengumumkan pelantikan Dr Mahzan Teh sebagai Ketua Pengarah baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Zulkifli Osman yang bersara.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pelantikan dibuat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pengalaman luas Mahzan bersama MARA dan kepakaran dimilikinya diyakini dapat membantu meneruskan Agenda Transformasi MARA, selain memperkukuh peranan agensi itu dalam pendidikan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta keusahawanan Bumiputera.

“Selamat memikul amanah baharu sebagai peneraju keluarga besar MARA.

“Insya-Allah dengan semangat dan komitmen bersama, kita akan terus memperkasakan mandat MARA, memperluas manfaat kepada rakyat serta meneruskan agenda transformasi yang sedang digerakkan,” katanya melalui Facebook.

Asyraf Wajdi berkata, usaha itu penting bagi memastikan MARA kekal relevan dan dinamik dalam memacu pembangunan ekonomi serta pendidikan Bumiputera.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Mahzan atas pelantikan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×