Wajibkan mula prasekolah usia lima tahun

Wajibkan mula prasekolah usia lima tahun

NOOR Azlan Ghazali (tengah) dan Asyraf Wajdi Dusuki (kanan) pada sidang pleno Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, semalam. - MINGGUAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan perlu mempertimbang usaha mewajibkan semua kanak-kanak terutama bumiputera untuk mula belajar sistem prasekolah seawal usia lima tahun.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi Sesi Libat Urus Reformasi Pendidikan dan Modal Insan, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali pada sidang pleno Kongres Ekonomi Bumiputera, di sini, semalam.

Panel terakhir slot dihoskan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki itu berkata, ia wajar langkah pertama merombak sistem pendidikan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Inilah rumusan yang saya terima hasil pelbagai sesi libat urus di seluruh negara dengan ramai peserta mahu umur lima tahun wajib dijadikan asas bagi pendidikan kita,” katanya.

Ketika ini, usia persekolahan awal di Malaysia ialah tujuh tahun dengan prasekolah pula bermula enam tahun namun belum diwajibkan ekoran isu kekangan prasarana dan guru.

Sekadar perbandingan dengan contoh banyak negara maju antaranya Australia, Amerika Syarikat dan Britain, kanak-kanaknya belajar sistem tadika seawal pada usia lima tahun.

Bagaimanapun, ada bermula lebih awal umur empat tahun seperti Luxembourg, Belanda dan Switzerland, malah ada ketika usia tiga tahun lagi misalnya Perancis dan Hungary.

Noor Azlan yang juga Pengarah Institut Pembangunan Inklusif di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, umur tujuh tahun dianggap sebagai agak terlewat.

“Ada kajian menunjukkan yang murid daripada keluarga dengan status ekonomi sosial rendah, sebenarnya terkebelakang empat tahun dari segi tahap pembelajaran,” katanya.

Beliau memberikan contoh, jika pelajar itu tamat sekolah menengah pada usia 18 tahun, corak pemikirannya masih seperti yang berusia mencecah 14 tahun.

Selain itu, beliau juga menyarankan agar kualiti semua sekolah harian biasa ditambah baik setaraf dengan standard sekolah berasrama penuh dan maktab rendah sains Mara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×