Top Glove rekod kerugian bersih 40 juta - Utusan Malaysia

Top Glove rekod kerugian bersih 40 juta

KERUGIAN Top Glove pada suku kedua 2024 mengecil kepada RM40 juta. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Top Glove Corporation Bhd. (Top Glove) merekodkan kerugian bersih berjumlah RM40 juta bagi suku kedua berakhir pada 29 Februari 2024, lebih rendah berbanding RM47 juta yang dicatat pada suku sebelumnya.

Pengarah Urusan Top Glove, Lim Cheong Guan berkata, prestasi lebih baik itu disokong pendapatan jualan kumpulan berjumlah RM550 juta pada suku dikaji, meningkat 12 peratus daripada RM493 juta pada suku sebelumnya.

Ujarnya, Top Glove meraih pendapatan jualan separuh pertama tahun kewangan 2024 sebanyak RM1.043 bilion.

“Ini menunjukkan terdapat kenaikan terhadap hasil jualan syarikat sebanyak 12 peratus daripada RM493 juta pada suku pertama.

“Dalam masa yang sama, nilai jualan Top Glove pada suku dilapor meningkat secara drastik sebanyak 18 peratus daripada suku sebelum ini, ” katanya dalam taklimat prestasi suku kedua 2024 Top Glove, semalam.

Bagaimanapun katanya, kerugian selepas cukai menyusut ketara kepada RM87 juta, jatuh sebanyak 72 peratus tahun ke tahun.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) bagi kumpulan itu turut menunjukkan kenaikan positif suku keempat 2023 (4QFY23) dan terus menunjukkan aliran naik berterusan pada suku kedua tahun ini,

“Prestasi kumpulan yang dilihat melalui pencapaian positif pada suku kedua adalah berikutan keberkesanan inisiatif strategik yang digunakan dalam menguasai semula jualan.

“Kami juga menerapkan penambaikan dalam kualiti, kos dan kecekapan termasuk daya tahan ketika berhadapan dengan cabaran seterusnya,” katanya.

Justeru, beliau yakin prospek bagi permintaan sarung tangan Top Glove akan kekal kukuh pada Mac 2024, berhubung permintaan berterusan daripada pelanggan.

Dalam pada itu, beliau menjangka harga bahan mentah bagi pekatan lateks getah asli akan menurun dengan perlahan pada Mei 2024, manakala bagi lateks nitril akan mengalami penurunan yang sama pada Jun 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN