Sedia tambah sumbang sarung tangan getah kepada Gaza

Sedia tambah sumbang sarung tangan getah kepada Gaza

FADILLAH Yusof menyempurnakan Majlis Pelepasan Penghantaran Kedua Bantuan Kemanusiaan Ops Ihsan ke Gaza Palestin di Terminal Kargo KLIA.- UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kerajaan bersedia menambah lagi sumbangan sarung tangan getah untuk keperluan penduduk Gaza yang terjejas akibat perang dengan Israel lebih sebulan lalu.

Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihakya berjaya mengumpulkan 100,000 sarung tangan getah dan sedang tunggu pengesahan berapa jumlah sebenar yang diperlukan sebelum dihantar ke sana,

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, semua sumbangan tersebut bakal diserahkan kepada pihak Kementerian Luar yang akan menguruskan kerja penghantaran terus di lapangan.

“Kita juga ada berhubung dengan beberapa syarikat pengeluar sarung tangan getah tempatan dan jika diperlukan, mereka sedia menambah lagi sumbangan tersebut,” jelasnya selepas hadir menyaksikan majlis perlepasan misi bantuan kemanusiaan kedua Ops Ihsan di terminal kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Sejumlah hampir 20 tan berupa bahan makanan, pakaian dan keperluan bayi diangkut dengan pesawat sewa khas Boeing 737 milik syarikat tempatan, World Cargo Airlines.

Semalam, Kementerian Perladangan dan Komoditi menerusi Majlis Getah Malaysia bersetuju menyumbang 100,000 sarung tangan getah untuk pasukan perubatan di Gaza.

Menyentuh Ops Ihsan yang dilancarkan bulan lalu dengan diselaraskan Kementerian Luar, beliau teruja apabila ia disokong kira-kira 50 organisasi bukan kerajaan (NGO) negara ini sambil merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Mesir yang membantu memudah cara proses penghantaran.

Beliau berharap, misi kemanusiaan tersebut dapat menyuburkan budaya kesukarelawanan dan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap penderitaan penduduk wilayah Palestin itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya