PETALING JAYA: Pertumbuhan pinjaman dalam sistem perbankan negara terus meningkat, mengatasi pertumbuhan deposit pada Januari 2024, kata RHB Research. Menurut nota penyelidikannya, pinjaman pada Januari 2024 berkembang 5.7 peratus tahun ke tahun dan 0.3 peratus bulan ke bulan. “Dari tahun ke tahun, peningkatan itu dipacu pinjaman kepada sektor isi rumah (enam peratus), kewangan (13 peratus) dan pembuatan (lima peratus), yang mengimbangi penurunan pinjaman yang diberi kepada sektor pembinaan, pertanian dan…










