Covid-19: Kes positif, ICU, perlukan bantuan pernafasan terus menurun - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif, ICU, perlukan bantuan pernafasan terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 13,336 kes berbanding kelmarin, 16,863 kes sekali gus diatasi 25,552 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam turut merekodkan penurunan kepada 288 kes berbanding kelmarin, 299 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga merekodkan penurunan kepada 185 kes berbanding kelmarin, 187 kes.

“Bagi kluster Covid-19 pula, dua kluster baharu direkodkan berbanding kelmarin, satu kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,929 kluster. Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 217 kluster berbanding kelmarin, 220 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,712 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 111 kes daripada 13,336 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 13,225 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 111 kes kategori tiga, empat dan lima, 29 kes (26.13 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 43 kes (38.74 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 39 kes (35.14 peratus) telah menerima dos penggalak. Selain itu, 64 kes (57.66 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 60 kes (54.05 peratus) mempunyai komorbid,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, kes yang dilaporkan meningkat dengan jumlah sebanyak 54 kes berbanding semalam, 37 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 34,842 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 16 daripada 54 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,348 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya