Kumpulan AmBank perkenal 'Beyond Privileges', satu era pengiktirafan baharu pelanggan SIGNATURE Priority Banking

Kumpulan AmBank perkenal ‘Beyond Privileges’, satu era pengiktirafan baharu pelanggan SIGNATURE Priority Banking

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbankan Keutamaan seharusnya ditakrifkan oleh lebih daripada sekadar keistimewaan yang ditawarkan. Di AmBank, ia berkisar tentang kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kepada kami serta nilai yang kami sampaikan seiring dengan perubahan keperluan mereka.

Berpandukan kepercayaan ini, Kumpulan AmBank hari ini memperkenalkan AmBank SIGNATURE Priority Banking (AmSPB) ‘Beyond Privileges’,satu tawaran yang diperbaharui untuk mengiktiraf pelanggan sepanjang perjalanan pengurusan kekayaan mereka.

Teras kepada ‘Beyond Privileges’ ialah satu prinsip mudah: semakin mendalam hubungan pelanggan dengan AmBank, semakin besar nilai yang mereka terima. Apabila pelanggan meningkatkan Aset di Bawah Pengurusan (AUM) mereka, mereka boleh menikmati manfaat yang lebih besar melalui peringkat Gold, Platinum, dan Diamond, dengan keistimewaan kewangan, gaya hidup, dan perkhidmatan yang dipertingkatkan secara berperingkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebagai contoh, selain kadar pembiayaan istimewa dan tawaran hari jadi eksklusif untuk caj jualan Unit Amanah, pelanggan turut menikmati keutamaan giliran bagi semua permohonan pembiayaan.

Ini bukan sahaja memastikan proses yang lebih pantas, malah membolehkan AmBank memahami keperluan pembiayaan setiap pelanggan dengan lebih baik serta menyediakan penyelesaian yang bersesuaian untuk mereka.

Tambahan pula, pelanggan peringkat Diamond yang layak boleh menikmati akses percuma tanpa had ke ruang istirahat lapangan terbang Plaza Premium Lounge, Plaza Premium First, dan LoungeKey di seluruh dunia.

Ini termasuk keistimewaan ‘Airport Meet and Assist’ (bantuan dan sambutan di lapangan terbang), perkhidmatan e-hailing di dalam dan luar negara, manfaat keahlian hotel, tawaran menjamu selera di rakan kongsi terpilih, serta sehingga 15x Mata AmBonus bagi setiap Ringgit yang dibelanjakan di luar negara, tertakluk kepada terma dan syarat yang berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Jamie Ling berkata, pelanggan hari ini mempunyai lebih banyak pilihan perbankan berbanding sebelum ini.

“Kami percaya bahawa Perbankan Keutamaan tidak seharusnya ditakrifkan oleh produk semata-mata, sebaliknya oleh kedalaman hubungan yang kami bina dari semasa ke semasa.

“Beyond Privileges’ mencerminkan komitmen kami untuk menjadi bank utama pilihan pelanggan, dengan memberikan nilai yang lebih besar seiring dengan perkembangan hubungan mereka bersama AmBank,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Perbankan Runcit di Kumpulan AmBank, Cheong Chee Wai berkata, pengiktirafan bukan sekadar ganjaran. Ia adalah tentang memastikan pelanggan berasa difahami, disokong, dan benar-benar dihargai.

“Melalui Pengurus Perhubungan yang berdedikasi serta pengalaman digital yang diperibadikan, kami mahu pelanggan berasa bahawa mereka sentiasa mempunyai seseorang untuk dirujuk, bukan sekadar tempat untuk melakukan urusan perbankan.

“Beyond Privileges menggabungkan penyelesaian kekayaan, perkhidmatan perbankan, dan pengalaman gaya hidup dalam satu ekosistem yang direka untuk menyokong pelanggan pada setiap peringkat perjalanan mereka,” katanya.

Satu perjalanan yang ditandai dengan pengiktirafan

Beyond Privileges memperkenalkan laluan berstruktur melalui peringkat Gold, Platinum, dan Diamond, dengan manfaat kewangan, gaya hidup, dan perkhidmatan yang semakin dipertingkatkan seiring dengan hubungan yang lebih mendalam antara pelanggan dan AmBank.

Berteraskan enam tonggak utama : Simpan dan Kirim; Berbelanja; Melindungi; Melabur; Pembiayaan; dan Perkhidmatan – program ini menghimpunkan pengalaman Perbankan Keutamaan yang menyeluruh dalam satu ekosistem perbankan dan pengurusan kekayaan yang bersepadu.

Nilai yang melangkaui Perbankan

Ditawarkan secara eksklusif untuk pelanggan AmSPB, rangkaian produk yang dipertingkatkan ini merangkumi Kad Kredit AmSPB Visa Infinite, Kad Kredit AmSPB Visa Infinite-i, dan Kad Kredit AmSPB The Metal Visa Infinite – menetapkan standard baharu bagi keistimewaan dan ciri eksklusif.

Ia turut mewujudkan kerjasama baharu dengan Bolt dan ALL Accor+. Portfolio ini memberikan akses kepada pelbagai pengalaman eksklusif untuk pelancongan, santapan, hospitaliti, dan gaya hidup, di samping menawarkan pembiayaan keutamaan, keistimewaan pelaburan, serta ganjaran khusus yang disesuaikan mengikut peringkat setiap pelanggan.

Melalui Beyond Privileges, AmBank mengukuhkan komitmennya untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran atas hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan, melalui akses, pengiktirafan, dan ganjaran yang lebih hebat.

Dengan menggabungkan kepakaran pengurusan kekayaan yang dipercayai, pengurusan perhubungan yang diperibadikan, serta pengalaman gaya hidup yang istimewa, AmBank berhasrat untuk menjadi lebih daripada sekadar penyedia perkhidmatan Perbankan – iaitu menjadi rakan kongsi pilihan dalam aspirasi kewangan dan gaya hidup pelanggan kami.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini