Pasar awam diarah tutup 7 hari gagal patuhi SOP - Utusan Malaysia

Pasar awam diarah tutup 7 hari gagal patuhi SOP

KEADAAN pengunjung yang bersesak-sesak dengan ada yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memaksa pihak berkuasa menutup Pasar Awam Apollo Raja Uda, Butterworth, Pulau Pinang selama tujuh hari bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Keadaan pengunjung yang sesak dengan ada yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memaksa pihak berkuasa menutup Pasar Awam Apollo Raja Uda di sini selama tujuh hari bermula hari ini.

Arahan itu dikeluarkan selepas sepasukan polis dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan melakukan operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama kira-kira dua jam bermula pukul 8.30 pagi tadi di pasar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemeriksaan mendapati tiada penjarakan fizikal dalam kalangan pengunjung di pasar tersebut.

“Penganjur juga didapati tidak mengawal had keluar dan masuk pelanggan manakala kawasan di dalam pasar terlampau sesak sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

“Laluan masuk ke dalam pasar juga tidak ditanda jarak fizikal dan orang awam beratur sehingga ke bahu jalan sehingga boleh mengundang bahaya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, polis telah mengarahkan penganjur membuat perancangan pengurusan bagi mengawal pelanggan dengan lebih sistematik dan mematuhi SOP.

Sementara itu katanya, wakil Kementerian Kesihatan turut mengeluarkan notis penutupan operasi pasar itu selama tujuh hari bagi tindakan susun atur semula sistem keluar dan masuk orang awam.

Dalam operasi sama pagi ini, Noorzainy berkata, pemantauan pihaknya di Pasar Awam Bagan Ajam di sini turut mendapati penganjur tidak mengawal had keluar dan masuk pelanggan.

“Laluan ‘lorong tikus’ tidak ditutup dengan sempurna sehingga pengunjung boleh mencuri masuk melaluinya.

“Kita memberi amaran supaya penganjur membuat susun atur semula sistem keluar dan masuk di pasar itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.