Hormati keluarga, tidak buat spekulasi kes kematian pelajar di Perak

Hormati keluarga, tidak buat spekulasi kes kematian pelajar di Perak

KENDERAAN polis dilihat berada dalam pekarangan sekolah asrama penuh ternama tersebut di Kuala Kangsar, Perak.-FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN Perak) mahu semua pihak menghormati privasi keluarga dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di negeri ini.

Jabatan itu memohon agar semua tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya melalui media sosial, bagi menjaga sensitiviti keluarga serta kelancaran proses siasatan.

JPN sedang memantau perkembangan insiden tersebut secara dekat dan telah mengarahkan pihak sekolah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“JPN Perak menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian seorang murid Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Perak yang disahkan meninggal dunia di sekolah berkenaan pada 18 November 2026,” menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

JPN Perak telah menyelaras agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial diberikan kepada murid, guru serta warga sekolah yang terkesan dalam memastikan kesejahteraan emosi mereka diberikan perhatian sewajarnya

“JPN Perak juga memastikan komunikasi dengan keluarga murid dilaksanakan secara berhemah, penuh empati dan berterusan, di samping memberikan bantuan serta sokongan yang bersesuaian,” menurut jabatan itu lagi,” katanya- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini