Johor kaji guna air sungai terawat untuk kegunaan pusat data

Johor kaji guna air sungai terawat untuk kegunaan pusat data

ONN Hafiz Ghazi meletakkan tapak tangan pada skrin LED sebagai gimik Perasmian Sumber Air Alternatif di DayOne Kempas Tech Park (KTP) Data Center, Johor Bahru , semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan mengkaji usaha merawat air sungai tercemar bagi penggunaan pusat data, sekali gus mengekalkan bekalan air terawat bagi keperluan domestik khususnya untuk masyarakat setempat.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Ranhill SAJ serta pusat data DayOne.

Menurutnya, usaha pusat data yang berpangkalan di Singapura berkenaan wajar dipuji kerana merawat air dari Sungai Tebrau yang tercemar bagi tujuan pengoperasiannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini satu teknologi baharu, maksudnya pusat data DayOne menggunakan air sungai tercemar, diproses dan digunakan untuk kegunaan mereka, tidak menggunakan air terawat untuk masyarakat.

“Pusat data ini merawat sehingga 80 juta liter air sehari (MLD), namun hanya menggu­na­kan sehingga 10 MLD. Ada le­bi­han dan kita akan kaji untuk ter­jemahkan teknologi ini bagi me­mastikan lebih banyak air dapat kita bekal untuk masyarakat da­lam keadaan ekonomi Johor yang sedang membangun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Majlis Perasmian Sumber Air Alternatif di Pusat Data DayOne, di Kempas Tech Park (KTP), di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perda­gangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Lee Ting Han.

Sehubungan itu, Onn Hafiz memberitahu pihaknya akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa teknikal dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan dengan agensi-agensi terlibat.

Pada masa sama, beliau turut menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa kemasukan pelaburan pusat data ke negeri ini tidak memberikan manfaat langsung kepada penduduk setempat.

“Saya perlu tekankan perkara ini kerana ada propaganda di luar mengatakan bahawa syarikat digital tidak menggaji pekerja tempatan yang banyak. Tetapi DayOne membuktikan sebalik­nya dengan penyediaan sehingga 650 peluang pekerjaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini