KUALA LUMPUR: Enam suspek terbabit kegiatan penyeludupan dadah yang menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), akan didakwa esok.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata enam suspek terdiri tiga pegawai TUDM dan tiga orang awam akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
“Tujuh suspek selebihnya pula akan dikenakan tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas),” katanya dalam kenyataan hari ini
Memuatkan artikel berkaitan…











