Cikgu Mustafa teruskan legasi ‘Durian Tunggal Hebat’

Cikgu Mustafa teruskan legasi ‘Durian Tunggal Hebat’

MUSTAFA Musa bersalam dengan bekas muridnya, Muhammad Hafiz Md. Nor lebih dikenali sebagai Aretoy di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJURUS Barisan Nasional (BN) mengumumkan DATUK MUSTAFA MUSA sebagai calon baharu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk. Namun, keadaan itu mula berubah apabila ‘Cikgu Mus’ hadir de­ngan tawaran dan idea tersendiri kepada pengundi. Mustafa berkongsi perjalanan kempennya dengan wartawan Utusan Malaysia, AMRAN MULUP.

UTUSAN: Bagaimana penerimaan orang Durian Tunggal terhadap Datuk?
MUSTAFA: Penerimaan pada awal ada cabarannya. Namun, apabila penyandang, Datuk Zahari Abdul Kalil sendiri turun bersama saya dari hari pertama sehingga ke hari ini, momentum itu bertambah baik. Apabila kita berpeluang menerangkan kepada rakyat, keyakinan mereka semakin meningkat.

Adakah isu calon telah dise­lesaikan sepenuhnya?
Ya. Pada peringkat awal pe­ngumuman calon, saya akui wujud sedikit isu dalam kalangan kepemimpinan di Durian Tunggal serta sentimen anak tempatan namun saya bersyukur dalam tempoh tiga hari selepas pengumuman, keadaan kembali pulih apabila Zahari sendiri turun padang bersama saya untuk memberi penerangan.
Sebagaimana ikrar kita iaitu ‘Durian Tunggal Hebat’, ia memerlukan kombinasi mantap antara pemimpin lama dan pemimpin baharu. Bagi saya, isu itu telah selesai sepenuhnya dalam masa tiga hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Benarkah ada berlaku perbalahan antara Datuk dan Zahari selepas pengumuman calon?
Itu tidak betul. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya berlaku perbalahan antara saya dan Zahari. Hubungan saya dengan beliau amat baik dan pertemuan saya dengan beliau berjalan baik, tidak ada rasa iri hati atau tidak puas hati berlaku. Jadi saya ajak Zahari untuk sama-sama berkempen bersama saya dan beliau bersetuju.

Pendapat Datuk tentang persaingan satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ashraf Mukhlis Minghat?
Setiap calon mempunyai kele­bihan tersendiri dan atas faktor itulah parti mempertaruhkan mereka. Di Durian Tunggal kali ini berlaku pertembungan antara saya dengan Ashraf.

Kedua-duanya membawa tawaran baharu dan memberi ruang kepada pengundi menilai calon pilihan hati mereka. Apa yang lebih mustahak ialah kita mengamalkan persaingan yang sihat berteraskan bukti, angka dan rekod perkhidmatan.
Setakat ini suasana kempen berlangsung dengan sangat matang dan harmoni. Kami tiada sebarang masalah peribadi,

Amanat dan pesanan buat seluruh pengundi di Durian Tunggal?
Kepada pengundi-pengundi Durian Tunggal, saya mempertaruhkan nama, kesungguhan dan keazaman saya. Berikanlah ruang dan peluang kepada saya untuk terus memajukan kawasan ini dan menyumbang kerusi kepada pembentukan kerajaan BN di negeri Melaka.Di mana-mana pun saya pergi, saya tegaskan iltizam saya untuk meneruskan legasi wakil rakyat terdahulu demi merealisasikan cogan kata Durian Tunggal Hebat.

Izinkan saya berbakti dan mencurahkan keringat di bumi Durian Tunggal. Calon nombor satu dalam kertas undi, Cikgu Mustafa Musa. Insya-Allah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini