Penduduk bimbang ramai warga asing di Kg. Pamah Kulat

Penduduk bimbang ramai warga asing di Kg. Pamah Kulat

MOHD. Amin Nupah (kiri) bersama seorang penduduk di lokasi kejadian anggota polis dibelasah warga Myanmar di Kampung Pamah Kulat, Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Penduduk Kampung Pamah Kulat di sini bimbang dengan kehadiran ramai warga asing di kawasan itu lebih-lebih lagi selepas kejadian seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 40 tahun cedera selepas dipercayai dibelasah dua lelaki warga Myanmar, Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pamah Kulat, Mohd. Amin Nupah berkata, ia adalah kejadian pertama kali berlaku di kampung itu membabitkan warga asing.

“Sebelum ini mereka tidak pernah mengganggu penduduk dan pihak berkuasa. Tetapi, apabila berlaku kejadian minggu lalu, kami mula risau khususnya keselamatan wanita, kanak-kanak dan warga emas,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kampung berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mohd. Amin, kehadiran warga asing di kawasan berkenaan bukanlah perkara baharu namun jumlah mereka semakin ramai sejak kebelakangan ini.

“Pihak JPKK pernah membuat laporan berhubung kehadiran warga asing terbabit kepada pihak berkaitan termasuk penghulu dan Jabatan Imigresen supaya melakukan pemeriksaan dokumentasi, namun belum ada apa-apa tindakan.

“Penduduk berharap pihak berwajib dapat membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan sewajarnya jika ada yang tidak mempunyai dokumen sah,” katanya.

Mohd. Amin berkata, JPKK juga pernah berdepan situa­si seorang warga asing yang mahu menjalankan aktiviti seperti kelas mengaji al-Quran di sebuah rumah sewa di kampung berkenaan.

“Kami tidak membenarkan aktiviti berkenaan dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa agama Islam terlebih dahulu,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×