Belanjawan 2027 gagal sentuh penyambungan LPT

Belanjawan 2027 gagal sentuh penyambungan LPT

TUAN IBRAHIM TUAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kegagalan menyentuh perancangan menyambung Lebuhraya Pantai Timur (LPT) serta ketidakjelasan keseimbangan pembangunan wilayah antara persoalan yang dibangkitkan pemimpin pembangkang selepas pembentangan Belanjawan 2027.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu sambungan lebuh raya berkenaan terus menjadi persoalan, khususnya dalam kalangan penduduk Pantai Timur yang menantikan kesinambungan laluan berkenaan selepas jajaran sedia ada hingga Terengganu.

“Bajet mesti menjangkau benda-benda yang dihadapi oleh rakyat secara keseluruhan. Isu-isu besar seperti isu kesesakan lalu lintas (lebuh raya) ini isu serius. Pantai Timur, bila setiap kali kita lihat lebuh raya sekarang sampai Terengganu, bila nak sambung? Walaupun dijanji nak sambung,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tuan Ibrahim turut berpandangan keseimbangan pembangunan antara wilayah belum jelas dalam belanjawan kali ini, yang dikatakan lebih tertumpu kepada segmen tertentu.

Selain infrastruktur, beliau membangkitkan isu perubahan iklim yang disifatkannya sebagai cabaran besar negara pada masa depan, khususnya berkaitan risiko banjir.

Katanya, pendekatan tebatan banjir perlu disesuaikan de­ngan perubahan corak cuaca dan kejadian banjir yang semakin menguji keupayaan sistem sedia ada.

Beliau berkata, reka bentuk tebatan banjir yang berasaskan tempoh ulangan banjir 50 tahun atau Average Recurrence Interval (ARI) perlu dinilai semula dengan mengambil kira keperluan meningkatkan tahap perlindungan kepada 100 tahun ARI.

“Sekarang ini semua sudah perlu naik 100 tahun ARI, maknanya bajet mesti sekali ganda daripada sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya peruntukan tidak ditingkatkan seiring keperluan tersebut, projek tebatan banjir yang dilaksanakan berisiko tidak mencapai tahap perlindungan yang diperlukan.

“Kalau tidak, ia akan gagal. Yang ada sekarang ini 50 tahun, sudah sampai had,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini