AMK Perlis siap sedia hadapi kemungkinan PRN - Utusan Malaysia

AMK Perlis siap sedia hadapi kemungkinan PRN

AHMAD AZZIN IZZAD BAHANUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan termasuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan ekoran kemelut politik di Perlis.

Ketuanya, Ahmad Azzin Izzad Bahanudin berkata, AMK memandang serius pergolakan dalaman Perikatan Nasional (PN) di Perlis yang memperlihatkan konflik terbuka antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, pergolakan tersebut sehingga mencetuskan ancaman undi tidak percaya terhadap Menteri Besar serta kemungkinan pembubaran DUN Perlis.

“Rakyat melihat sendiri ketidakstabilan dalam pentadbiran negeri akibat perebutan kuasa sesama mereka. Sehubungan itu, AMK negeri menegaskan bahawa kami bersedia sepenuhnya menghadapi sebarang kemungkinan termasuk PRN sekiranya DUN Perlis dibubarkan,” katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah memberi peringatan akan membubarkan DUN Perlis sekiranya enam wakil rakyat Pas mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau dalam sidang DUN yang dijadual pada 3 hingga 5 Jun ini.

Kata Abu Bakar, beliau tidak mempunyai pilihan dan menunggu sebarang tindakan dari wakil rakyat Pas itu jika berhasrat berbuat demikian.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Azzin berkata, pihaknya menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim agar sayap itu kekal kukuh dan terus bergerak ke hadapan meskipun terdapat segelintir individu meninggalkan parti.

“Apa yang berlaku dalam PKR langsung tidak menjejaskan gerak kerja kami di peringkat negeri dan cabang. Seluruh jentera AMK Perlis terus fokus mendekati rakyat dan memperkukuh persiapan menuju pilihan raya akan datang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN