Tasik Bera kembali dibuka selepas 10 tahun ditutup

Tasik Bera kembali dibuka selepas 10 tahun ditutup

OPERASI bot pelancongan dan berkayak di Tasik Bera, Pahang kembali dibuka kepada orang ramai setelah ditutup kira-kira 10 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Setelah kira-kira 10 tahun ditutup kepada orang ramai, Tasik Bera di sini yang merupakan tasik air tawar semula jadi terbesar negara, dibuka semula kepada umum bermula 1 Februari lalu sempena sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2026.

Setiausaha Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Daerah Bera, Khairol Amin Mohd. Tahir berkata, pembukaan semula tasik itu mendapat kebenaran pihak berkaitan termasuk pengurusan Tapak Ramsar, bagi membolehkan aktiviti pene­rokaan panorama Tasik Bera dijalankan secara terkawal.

Katanya, antara aktiviti dibenarkan adalah berkayak dan bot pelancongan menyusuri tasik sambil menziarahi perkampu­ngan Orang Asli yang menduduki kawasan sekitarnya.

“Buat masa ini, operasi kayak dan bot pelancongan dibuka pada setiap Sabtu dan Ahad namun ia boleh dilaksanakan pada setiap hari bergantung kepada sambutan pelancong,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Tasik Bera adalah sistem tasik air tawar semula jadi yang terletak di barat daya Pahang. Lokasi ini berada di pelana banjaran gunung utama di timur Semenanjung Malaysia dan menjadi sumber utama Sungai Pahang.

Ia mempunyai panjang maksimum 35 kilometer dan lebar maksimum 20 kilometer serta menempatkan pelbagai spesies ikan bernilai tinggi yang menjadi tarikan utama kepada pemancing.

Selain itu, kawasan sekitar tasik kaya dengan flora dan faunanya unik termasuk spesies burung migratori dan hidupan air yang dilindungi menjadikannya lokasi ideal untuk kajian ekologi serta fotografi alam semula jadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN