Serah siasatan kerugian Agrobank kepada polis, BNM - Mohamad

Serah siasatan kerugian Agrobank kepada polis, BNM – Mohamad

Agrobank
MOHAMAD Sabu bergambar dengan penerima Kecemerlangan Agro Madani pada majlis tersebut, di Shah Alam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / MOHD. FARHAN DARWIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dakwaan kerugian sehingga RM203.8 juta yang dialami oleh Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) akibat kes jenayah penipuan dalam talian diserahkan kepada polis dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjalankan siasatan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau enggan mengulas perkara itu, sebaliknya menyerahkannya kepada pihak berkuasa bagi membuat siasatan penuh.

“Kita serah sepenuhnya pada polis dan Bank Negara Malaysia (BNM), itu di bawah tanggungjawab polis dan BNM. Kita serah (siasatan) 100 peratus. Saya tak mahu komen apa-apa, ia dalam siasatan polis dan BNM,” katanya, ketika ditemui pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Agro Madani (MAX) 2025/2026, malam tadi.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam jawapan bertulisnya di Parlimen mendedahkan perkara itu berlaku pada November tahun lalu melibatkan akaun pelanggan Agrobank.

Malah, beliau turut mendedahkan polis membuat tangkapan terhadap 47 orang dengan tiga orang sudah dituduh di bawah Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan atas kesalahan berkaitan keldai akaun, manakala 44 orang masih dalam siasatan.

Dalam jawapan bertulis tersebut, Saifuddin berkata, antara 2020 hingga 2025, kerugian hampir RM8 bilion direkodkan membabitkan 209,300 kes.

Kategori tertinggi kes tertinggi adalah melibatkan jenayah telekomunikasi dan jenayah e-dagang.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, seramai 16 penerima terdiri daripada wakil syarikat dan individu menerima anugerah MAX berikutan sumbangan luar biasa mereka dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara.

Antaranya termasuklah Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) Datuk Ameer Ali Mydin yang menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN