Hak Sabah belum selesai jadi ‘senjata’

Hak Sabah belum selesai jadi ‘senjata’

JEFFERY KITINGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANGGAR: Isu hak Sabah dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilihat terus menjadi modal kempen setiap kali berlangsungnya Pilihan Raya Ne­geri (PRN) berikutan pelaksa­naan penuh terhadap perjanjian itu masih belum direalisasikan walaupun sudah lebih 60 tahun.

Presiden Parti Solidariti Ta­nah Airku (Star), Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, polemik tersebut tidak akan timbul sekiranya semua pihak terma­suk Kerajaan Persekutuan menu­naikan sepenuhnya hak Sabah seperti termaktub dalam MA63.

Menurutnya, keadaan itu akhirnya menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat bahawa Kerajaan Pusat seolah-olah mahu mengambil kesempatan terhadap hak Sabah.

“Saya fikir mereka ikhlas, tetapi apabila pilihan raya, isu ini menjadi peluang untuk dibangkitkan kerana perkara tersebut tidak didengari seperti keadaan biasa.

“Mengapa ia sering berulang? Kerana ia tidak dilaksanakan. Bayangkan, sudah 60 tahun masih berbincang mengenai perkara sama. Jika pelaksanaan sudah selesai, ia tidak perlu lagi disentuh,” katanya ditemui Utusan Malaysia, semalam.

Beliau ditanya tindakan parti-parti politik yang menggunakan isu hak Sabah dan MA1963 sebagai bahan kempen PRN Sabah kerana keikhlasan atau modal politik.

Menurut Jeffrey, Star me­ngambil keputusan untuk ber­tanding solo dalam PRN Sabah setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu bersama Pakatan Harapan (PH).

Katanya, perkara itu secara tidak langsung menjejaskan ke­dudukan GRS dalam politik Sabah.

Beliau menjelaskan, apabila tuntutan kerusi semakin mening­kat, jumlah kerusi GRS secara keseluruhan semakin mengecil walaupun gabungan itu mempunyai lapan komponen parti.

“Ini yang kita bimbangkan. Jika pembahagian kerusi tidak seimbang dan tuntutan terus diberi muka, mereka boleh membentuk kerajaan tanpa GRS. Itu realitinya,” katanya.

Star bertanding solo pada PRN Sabah kali ini. Keputusan itu dibuat berlandaskan aspirasi akar umbi yang mahu pentadbiran negeri dipimpin sepenuh­nya oleh parti tempatan tanpa campur tangan agenda luar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×