Mykiosk 2.0 capai 95 peratus pengunaan setakat September

Mykiosk 2.0 capai 95 peratus pengunaan setakat September

Mykiosk
NGA Kor Ming melawat reruai pameran dan jualan jabatan-jabatan penjara negara pada Konvokesyen SWCorp Kali Keempat (Sijil Kemahiran Malaysia), di Bangi, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIERA KHAIRULAZMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Program MyKiosk 2.0 yang diperkenal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini mencapai tahap 95 peratus pelaksanaan dan penggunaan oleh peniaga kecil di seluruh negara.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, sehingga September lalu, seramai 7,000 penjaja dan peniaga kecil, khususnya daripada golongan B40, telah mendapat manfaat hasil penyediaan kemudahan itu.

“Baki lima peratus pula sedang dalam kajian untuk dialihkan ke lokasi lebih strategik dan sesuai dengan tumpuan orang ramai. MyKiosk ini memang kita buat untuk bantu rakyat, terutama peniaga kecil B40,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Konvokesyen SWCorp Kali Keempat (Sijil Kemahiran Malaysia), hari ini.

Jelasnya, kerajaan akan memperkenalkan MyKiosk 3.0 dengan penambahbaikan lebih menyeluruh dengan konsep moden dan lengkap untuk keselesaan peniaga.

“Malah reka bentuk baharu juga akan menggunakan tenaga solar dan ciri yang lebih mesra alam,” ujarnya.

Dalam majlis sama, Nga Kor Ming berkata, kadar hutang tertunggak pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berjaya dikurangkan sebanyak 60 peratus berbanding tahun lalu.

“Pengurangan hutang daripada hampir RM500 juta kepada kira-kira RM200 juta adalah hasil langkah agresif serta usaha gigih yang dilaksanakan. Kalau kutipan hutang itu berjaya, lebih banyak peruntukan boleh digunakan semula untuk projek penyelenggaraan demi manfaat rakyat.

“Saya menyeru semua PBT untuk mematuhi kontrak yang ditandatangani mengikut Akta Kontrak 1950. Jika gagal, ia akan menjejaskan kualiti serta keberkesanan pembersihan awam, sedangkan itu tugas teras SWCorp,” jelasnya.

Mengulas mengenai Belanjawan 2026, Kor Ming berkata, KPKT mengemukakan 13 cadangan utama termasuk penambahan peruntukan bagi pembinaan rumah mampu milik berkualiti, penyelenggaraan perumahan kos rendah serta projek perparitan di bandar dan luar bandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN