PERMIM hargai bantaun RM2,500 untuk pelajar Tingkatan 6

PERMIM hargai bantuan RM2,500 untuk pelajar Tingkatan 6 dalam Belanjawan 2027

Mohamad Azman Shah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pembentangan Belanjawan 2027 yang amat prihatin terhadap rakyat.

Presiden PERMIM,  Mohamed Azman Shah berkata, ia khususnya pengumuman elaun sara hidup sebanyak RM2,500 sepanjang tempoh pengajian kepada pelajar Tingkatan 6.

“Ini merupakan satu pengiktirafan besar kepada pelajar STPM yang menyamai kadar pelajar Matrikulasi dan amat bermakna dalam meringankan beban keluarga B40 dan M40 demi memastikan pendidikan anak-anak terus terpelihara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, kami turut menghargai kenaikan Bantuan Awal Persekolahan kepada RM200 seorang serta pelbagai bantuan ekonomi rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah, SARA dan bantuan eKasih yang mengangkat taraf sosio-ekonomi golongan memerlukan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, PERMIM juga berterima kasih atas keprihatinan kerajaan kepada sektor PKS melalui dana pembiayaan mencecah RM57 bilion, penurunan kadar cukai PKS kepada 14 peratus, serta Geran Sejahtera MADANI sehingga RM5,000 untuk penjaja dan peniaga kecil B40.

Selain itu katanya, bantuan peruntukan khas RM150 juta untuk komuniti India melalui MITRA dan pelbagai skim latihan kemahiran amat penting untuk membantu komuniti India Muslim memajukan perniagaan dan meningkatkan taraf hidup.

“Diharapkan pengagihan ini akan memanfaatkan masyarakat India Muslim secara berkesan. PERMIM akan membantu golongan India Muslim yang memerlukan bantuan berkaitan dengan membimbing mereka agar menyerahkan permohonan terus kepada pihak MITRA.

“Langkah-langkah ini jelas membuktikan kerajaan tidak meminggirkan sesiapa, termasuk komuniti India Muslim yang majoritinya adalah peniaga PKS, dan komited untuk membina ekonomi yang berdaya tahan dan inklusif di bawah kerangka MADANI.

“PERMIM menyifatkan Belanjawan 2027 sebagai belanjawan yang inklusif dan seimbang. Kami akan terus menyokong usaha kerajaan dalam membina negara MADANI yang sejahtera untuk semua. Terima kasih. Mohamed Azman Shah Presiden, Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM),” kata Mohamad Azman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini