Hakim, Pendaftar Syarie, Setiausaha MAIS terima watikah pelantikan

Hakim, Pendaftar Syarie, Setiausaha MAIS terima watikah pelantikan

Syarie Selangor
SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan watikah pelantikan sebagai Setiausaha MAIS kepada Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini dalam istiadat penyerahan watikah pelantikan dekat Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, di Shah Alam, Selangor, semalam. - Gambar Pejabat Sultan Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan watikah pelantikan Ketua Hakim Syarie Selangor kepada Nenney Shuhaidah Shamsuddin berkuatkuasa 1 November ini.

Dalam istiadat yang berlangsung di Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan semalam, baginda turut mengurniakan watikah pelantikan kepada Anggota Panel Tetap Hakim Rayuan Syariah Selangor, Datuk Mohd Radzi Abd Latif.

Manakala watikah pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dikurniakan kepada Salwani Khalid. Pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor pula dikurniakan kepada Muhammad Amir Firdaus Sidin, Mohd. Amir Yahaya, Norul Aina Bahari dan Ahmad Faizul Ashar.

Turut menerima watikah, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor, Ketua Pendaftar dan Pendaftar Kanan.

Kesemua pelantikan tersebut dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (EPAINS 2003).

Sultan Sharafuddin juga berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini yang dilantik berkuat kuasa 16 Julai lalu.

Dalam istiadat sama, beliau turut menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor bagi sesi 2024 hingga 2026.

Baginda juga mengurniakan watikah kepada Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) kepada Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed dan Mohamed Izam Mohamed Yusof. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN