Israel lancar satelit pengintip baharu pantau musuh

Israel lancar satelit pengintip baharu pantau musuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel melancarkan satelit pengintip baharu ke orbit, yang digambarkan Menteri Pertahanan Israel Katz hari ini sebagai ‘mesej’ kepada musuh bahawa mereka sentiasa dipantau.

Pelancaran satelit Ofek 19 pada malam Selasa berlaku dua bulan selepas perang 12 hari antara Israel dan Iran, yang menyaksikan tapak nuklear serta ketenteraan Teheran diserang, termasuk kawasan kediaman.

Menurut ketua direktorat penyelidikan dan pembangunan kementerian pertahanan, Daniel Gold, lebih 12,000 imej satelit wilayah Iran dikumpulkan untuk membimbing serangan tersebut.

“Pelancaran satelit Ofek 19 adalah pencapaian bertaraf global tertinggi. Hanya beberapa negara yang memiliki kemampuan seperti ini.

“Ini juga mesej kepada semua musuh kami, di mana sahaja mereka berada, kami sentiasa memerhati anda dalam setiap situasi,” tulis Katz di X.

Ketua Pegawai Eksekutif Israel Aerospace Industries, Boaz Levy, yang bekerjasama dengan kementerian dalam projek itu, berkata, operasi itu menunjukkan pemilikan teknologi pengintipan canggih sangat penting untuk menguasai udara dan darat di rantau tersebut.

Israel menyertai kelab kuasa angkasa lepas pada 1988 dengan pelancaran satelit Ofek pertamanya.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×