Tiga askar Thailand cedera akibat letupan periuk api di sempadan

Tiga askar Thailand cedera akibat letupan periuk api di sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Letupan periuk api mencederakan tiga askar Thailand yang sedang melakukan rondaan berhampiran sempadan dengan Kemboja hari ini.

Kejadian berlaku beberapa hari selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan gencatan senjata untuk mengakhiri pertempuran ketenteraan paling dahsyat dalam beberapa dekad.

Tentera Diraja Thailand dalam kenyataan berkata, letupan berlaku di wilayah Sisaket sekitar pukul 10 pagi waktu tempatan.

Seorang tentera mengalami kecederaan teruk pada kaki, seorang lagi cedera di belakang dan lengan, manakala anggota ketiga mengalami tekanan teruk pada telinga.

Insiden berlaku selepas sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dalam konflik lima hari yang berakhir pada 29 Julai, susulan pertikaian lama mengenai kuil sempadan.

Pertempuran yang melibatkan jet pejuang, artileri, roket dan pertempuran infantri itu berakhir dengan gencatan senjata, selepas campur tangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Mesyuarat pegawai pertahanan di Kuala Lumpur berakhir pada Khamis lalu dengan persetujuan untuk melanjutkan gencatan senjata.

Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, berada di wilayah Surin pada Sabtu, dan mengarahkan tentera supaya memastikan anggota cedera menerima rawatan perubatan sepenuhnya.

Pertempuran bulan lalu di sepanjang sempadan sepanjang 800 kilometer memaksa lebih 300,000 orang melarikan diri dari kawasan pertempuran di kedua-dua belah sempadan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN