Sepanyol bergelut padam 14 kebakaran besar akibat gelombang haba

Sepanyol bergelut padam 14 kebakaran besar akibat gelombang haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Sepanyol berdepan 14 kebakaran besar semalam, ketika pihak berkuasa memberi amaran mengenai keadaan yang menyukarkan usaha untuk memadamkan api yang meragut tujuh nyawa dan membakar kawasan seluas bandar London.

Gelombang haba selama 12 hari dan tiupan angin dari arah selatan menyebabkan pasukan bomba berdepan cabaran besar, menjadikan musim panas kali ini antara yang terburuk untuk kebakaran dalam tempoh 20 tahun, kata Pengarah Perkhidmatan Kecemasan, Virginia Barcones.

“Di bahagian barat negara ini, situasinya amat membimbangkan,” katanya kepada stesen televisyen RTVE.

Di Galicia, beberapa bahagian kebakaran bergabung membentuk api yang lebih besar, memaksa penutupan lebuh raya dan perkhidmatan kereta api ke wilayah itu.

Kebakaran di wilayah Ourense di Galicia merebak ke wilayah bersebelahan, Zamora.

Walaupun ramai penduduk dipindahkan, ada yang memilih untuk kekal di kediaman bagi melindungi rumah masing-masing.

Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran hutan di seluruh Eropah Selatan, dengan api marak didorong oleh gelombang haba berpanjangan yang melanda rantau itu.

Agensi cuaca negara, Aemet, memberi amaran mengenai risiko kebakaran yang tinggi di utara dan barat, dengan suhu dijangka mencecah sehingga 40 darjah Celsius di pantai utara, sekali gus meningkatkan lagi bahaya kebakaran.

“Hari ini akan menjadi satu lagi hari yang amat sukar, dengan risiko kebakaran baharu sangat tinggi,” tulis Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, di platform media sosial X.

Setakat ini, kebakaran hutan memusnahkan lebih 157,000 hektar, hampir dua kali ganda purata tahun sejak 2006, menurut Perkhidmatan Maklumat Kebakaran Hutan Kesatuan Eropah.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×