Pesawat patah balik selepas penumpang cuba ceroboh kokpit

Pesawat patah balik selepas penumpang cuba ceroboh kokpit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LYON: Sebuah pesawat penerbangan tambang murah, Easyjet, yang dalam perjalanan dari Perancis ke Portugal terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Lyon selepas seorang penumpang cuba menceroboh masuk ke kokpit.

Menurut polis dan syarikat penerbangan itu, insiden berlaku tidak lama selepas pesawat EJU4429 berlepas dari Lyon menuju ke Porto, pada Jumaat lalu.

Penumpang lain berjaya menenangkan lelaki terbabit sebelum dia diikat sehingga pesawat selamat mendarat semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penerbangan EJU4429 dari Lyon ke Porto berpatah balik ke Lyon sejurus selepas berlepas disebabkan kelakuan seorang penumpang.

“Penerbangan itu disambut polis sebaik tiba dan selepas penumpang terbabit dibawa keluar, penerbangan diteruskan ke Porto,” kata Easyjet dalam satu kenyataan.

Polis memaklumkan, lelaki warganegara Portugal berusia 26 tahun itu, mengalami mabuk udara dan kecelaruan.

Dia kemudiannya dimasukkan ke hospital di Perancis.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×