Pendaki hilang diseret beruang liar di hutan

Pendaki hilang diseret beruang liar di hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seekor beruang coklat liar dilaporkan menyeret seorang pendaki ke dalam hutan di utara Jepun, dengan mangsa dilaporkan masih hilang sehari selepas serangan berdarah itu.

Mangsa berusia 20-an dilaporkan cuba melawan haiwan tersebut, namun ditarik ke dalam hutan berhampiran, dengan kakinya cedera parah dan berdarah teruk, lapor media tempatan.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pada Rabu lalu ketika mangsa berada di laluan pendakian di Gunung Rausu, pulau Hokkaido.

Memuatkan artikel berkaitan…

Media melaporkan, dompet yang mengandungi kad pengenalan mangsa ditemukan berhampiran lokasi serangan di bahagian timur laut Hokkaido.

Khamis lalu, baju koyak yang berlumuran darah dipercayai milik mangsa turut ditemukan, dengan pokok serta tanah di sekitarnya dipenuhi kesan darah, lapor agensi berita Kyodo.

Antara barangan lain yang ditemukan termasuk jam tangan, topi dan objek dipercayai semburan gas pemedih mata.

Bilangan beruang perang di Hokkaido mencatatkan penurunan tahun ke tahun pada 2023 buat kali pertama sejak 1991, menurut anggaran terbaharu yang dikeluarkan pada Ogos.

Dianggarkan terdapat 11,600 ekor beruang perang pada akhir 2023, berkurangan sebanyak 500 ekor berbanding tahun sebelumnya.

Kerajaan Hokkaido menjelaskan, penurunan itu berpunca daripada aktiviti pemburuan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan rekod 1,804 ekor ditangkap dalam tempoh 12 bulan hingga Mac 2024.- AFP

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×