Mesyuarat tergempar UNSC mengenai Gaza ditunda esok

Mesyuarat tergempar UNSC mengenai Gaza ditunda esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMILTON: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menunda mesyuarat tergempar mengenai pelan Israel untuk merampas Bandar Gaza kepada Ahad.

Sumber diplomatik kepada Anadolu berkata, tarikh mesyuarat yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu itu dipinda pada pukul 10 pagi waktu tempatan esok.

Bagaimanapun, tiada sebab diberikan bagi perubahan tarikh berkenaan.

Sumber berkata, United Kingdom (UK), Denmark, Perancis, Greece dan Slovenia memohon sesi tergempar itu.

Mesyuarat itu mendapat sokongan semua anggota Majlis Keselamatan kecuali Panama, yang kini memegang jawatan pengerusi dan Amerika Syarikat (AS).

Khamis lalu, Kabinet Keselamatan Israel meluluskan pelan untuk mengambil alih sepenuhnya Bandar Gaza di bahagian utara wilayah tersebut.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu Fox News, kerajaannya mahu mengambil kawalan penuh ke atas seluruh Gaza sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN