GAZA: Pengarah Hospital Al-Shifa, Mohammed Abu Salmiya, mendedahkan Gaza sedang menghadapi peningkatan penyakit kulit akibat gelombang haba.
Mohammed berkata, suhu melampau diikuti kekurangan bekalan air minuman yang serius meningkatkan risiko kesihatan terhadap penduduk semua peringkat umur di seluruh Gaza.
Beliau menegaskan, hospital menghadapi kesukaran mengendalikan peralatan perubatan penting kerana penghantaran bahan api dihentikan, sekali gus mengancam nyawa pesakit dan mangsa cedera.
Sementara itu, kakitangan perubatan terus berkhidmat dalam situasi yang semakin mencabar.
Mohammed berkata, hospital berada dalam keadaan kritikal dan kegagalan mengoperasikan peranti menyelamat nyawa dianggap bencana, sambil menekankan tentera Israel terus menyasarkan sekolah, kemudahan perubatan dan khemah penduduk.
Tentera Israel menolak seruan antarabangsa untuk gencatan senjata dan tetap meneruskan serangan yang membunuh lebih 61,700 rakyat Palestin di Gaza.- ANADOLU











