Aktivis pro-Palestin dedah pengalaman ngeri ditahan Israel

Aktivis pro-Palestin dedah pengalaman ngeri ditahan Israel

GAMBAR menunjukkan kapal Freedom Flotilla 'Handala' berlepas menuju ke Gaza dari pelabuhan Syracuse, Sicily, di selatan Itali, pada 13 Julai lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dua aktivis pro-Palestin dari Australia mendakwa mengalami penyeksaan psikologi yang serius selepas bot mereka ditahan tentera Israel ketika misi menghantar bantuan ke Gaza, lapor The Guardian.

Tania Safi dan Robert Martin bersama 19 aktivis lain berada dalam bot Handala yang menjadi sebahagian daripada misi kemanusiaan Gabungan Freedom Flotilla sebelum ditahan ketika cuba menghampiri perairan Gaza.

Sejurus tiba di tanah air pada Jumaat, Safi mendedahkan pengalaman itu sebagai mimpi ngeri.

“Saya keletihan, kami kering tekak dan tidak mendapat akses kepada dunia luar. Kami diperlakukan seperti penjenayah,” katanya kepada media Australia.

Beliau turut mendakwa, bot mereka diserbu sekurang-kurangnya 30 anggota tentera Israel lengkap bersenjata yang turut membawa kru kamera untuk merakam kumpulan aktivis yang ditahan.

Mereka kemudian dibawa ke bandar Ashdod, di mana barangan dirampas dan diasingkan ke bilik soal siasat.

Safi turut mendedahkan dia pernah ditolak ke dinding dalam keadaan bergari, serta diseksa secara mental dan fizikal sepanjang dalam tahanan.

Sementara itu, Martin memberitahu mereka dinafikan hak oleh Israel sehingga tidak menyediakan keperluan penting seperti ubat-ubatan.

Katanya, walaupun kerajaan Australia mendesak agar dia dibenarkan menghubungi keluarga, permintaan itu tidak dipenuhi pihak Israel.

Selepas beberapa hari ditahan, kedua-dua aktivis itu akhirnya dihantar ke Jordan dengan bantuan diplomatik.

Gabungan Freedom Flotilla beberapa kali menghantar bot bantuan ke Gaza untuk membantu rakyat Palestin yang terperangkap dalam kepungan Israel.

9 Jun lalu, bot Madleen yang turut serta dalam misi sama dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa, dengan 12 aktivis ditahan.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN