Google tukar carian internet kepada bentuk perbualan

Google tukar carian internet kepada bentuk perbualan

google
Logo Google dipamerkan ketika Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) di Barcelona, pada 27 Februari 2024.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Google kini membolehkan orang ramai menukar carian dalam talian kepada bentuk perbualan, dengan kecerdasan buatan generatif menyediakan ringkasan lisan terhadap hasil pertanyaan.

Melalui ciri Audio Overviews, model AI Gemini akan merumuskan hasil carian dengan pantas dalam gaya perbualan, menurut Google.

“Audio overview boleh membantu anda memahami keseluruhan maklumat dengan mudah, menawarkan cara yang selesa dan bebas tangan untuk menyerap maklumat, sama ada anda sedang melakukan pelbagai tugasan atau lebih suka pengalaman secara audio.

“Kami memaparkan laman web yang berguna terus dalam pemain audio di halaman keputusan carian supaya anda boleh mendalami maklumat dengan mudah,” kata Google dalam catatan blog.

Google sedang memperkukuh fungsi carian dalam talian dengan kecerdasan buatan generatif, meskipun terdapat kebimbangan terhadap model perniagaan berasaskan iklannya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sundar Pichai baru-baru ini melancarkan mod AI baharu dalam carian Google.

Mod AI yang masih di peringkat awal itu melangkaui fungsi Tinjauan AI sebelum ini, memaparkan jawapan hasil keupayaan AI generatif Google di atas pautan biru tradisional ke laman web dan iklan.

Pichai berkata, sejak Google memperkenalkan Tinjauan AI dalam enjin carian setahun lalu, ia berkembang kepada lebih 1.5 bilion pengguna di beberapa negara.

Usaha agresif Google dalam bidang AI generatif dibuat di tengah persaingan yang semakin sengit dengan ChatGPT milik OpenAI, yang turut menggabungkan ciri enjin carian ke dalam chatbot popularnya.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN